Search

Tuesday, 2 September 2014

Jangan jadi lalang

Bismillahirrahmanirrahim

Kita memang takde super power untuk tilik ape jadi esok hari, hatta sekejap lagi pun. Tapi kita dinasihatkan untuk merancang dan berusaha untuk esok hari. Sebab hidup dekat dunia ni tak abadi, jadi kita di train untuk bersedia. Hidup memang tak datang dengan guide atau manual. Sebab kalau ade pun belum tentu kita ikut. Because the best guide that we can refer to is the great sources that our beloved Prophet saw revealed: The Quran and his Sunnah. Nothing beat this two.

Tolong, jangan jadi lalang.

Kenapa lalang? Sebab lalang hanya ikut angin. Angin bergerak ke kiri, maka ke kirilah dia. Dan jika angin bergerak ke kanan, maka ke kananlah dia. Bahasa mudah: takde pendirian sendiri.  Manusia lalang takde perancangan dalam hidup dia. Manusia lalang hanya pasrah atas semua yang terjadi. Manusia lalang kadang-kadang takde perasaan. Manusia lalang adalah orang yang tak pernah merasa kecewa dalam kehidupan.

Kurang tepat.

Sama seperti kita manusia biasa, manusia lalang pun ade perancangan dalam hidup dia. Boleh jadi perancangan hidup dia lebih gempak daripada kita punya. Tapi dia takut nak mengutarakan atau express plan hidup dia yang super gempak tu sebab terlalu takut pandangan orang lain. Dia bimbang akan perspektif manusia lain terhadap dia. Dia bimbang perancangan dia mendapat tantangan hebat daripada seluruh ahli keluarga. Dia bimbang dituduh melawan norma jika melakukan apa yang dia impikan.

Manusi lalang juga mengalami kekecewaan. Tapi dia simpan kekecewaan dia sebagai: "Ermmm takpelah. Tak dapat pun takpe. Aku pasrah." Manusia lalang tak pernah rasa kecewa sebab dia bina satu dinding konkrit dalam hidup dia, so that perkara yang dinamakan IMPIAN dan HARAPAN tak dapat masuk dalam hidup dia. Boleh jadi sebab terlalu banyak kali dikecewakan maka dah tak nak pasang harapan. Perumpamaan simple: takde impian maka tak berharap; tak berharap maka tidak dikecewakan. Manusia lalang kononnya nak jadi super hero terhebat sebab kental dan boleh terima apa jua dalam kehidupan dia. Even untuk perkara yang dia tak suka.

Kesudahan lalang.

Kalau dekat ladang, lalang-lalang ni semuanya akan dimesin, dikerat atau disabit buang. Jadi makanan lembu. Sad ending bukan?

Entri ni bukan nak mempermainkan role tumbuhan lalang sebagai salah satu tumbuhan yang dicipta oleh Allah untuk menyeimbangkan biodiversiti. Tapi, supaya nak tunjuk bahawa manusia lalang will ended up nowhere!

So, start daripada hari ni; STOP JADI LALANG! Setiap manusia ada harapan dan impian. Apa yang perlu kita buat, kita kejar impian tu sampai dapat. Jangan sebab sekali dua dikecewakan, kau terus buang kau punya impian dalam trash box and dah tak recycle dah. Impian tak datang bergolek.

Usah dan doa. Usaha dan doa. Berimpian lah! Live your dream. Jangan biar jadi angan-angan kosong je. Kita nak apa2. Mintak dengan Allah. Because He is the belonger of every single heart. Because He is the belonger of the world and hereafter. Jangan mintak dengan manusia, sebab manusia sifat dia tak abadi. Ask from Him the Eternity.

Dan entri ni juga untuk mengingatkan diri kenapa aku mulakan semua ni. Kadang2 bila manusia dah tekad tapi mestilah ade satu dua benda yang tak berapa lancar kan. Jadi kena keep on faith dan yakin. Insya Allah :)

No comments:

Post a Comment