Search

Tuesday, 2 September 2014

Road to success

Bismillahirrahmanirrahim

Jalan menuju kejayaan bukan perkara mudah. Perlukan pengorbanan, kesabaran dan usaha. Siapa yang tak sanggup mungkin akan pergi separuh jalan je. Pernah terbaca satu buku ni, Mimpi Sejuta Dolar hasil nukilan usahawan insurans terkaya kelahiran Indonesia yang berjaya di negara Singapura. Dia cakap, semakin kita rasa berat masalah ke arah sesuatu yang kita nak, kita semakin dekat dengan kejayaan. Sebab tak pernah lagi dengar or jumpa orang yang dah berjaya sekarang tapi tak pernah jatuh dalam proses dia nak menuju kejayaan dulu. Semuanya mesti melalui pengalaman jatuh. Kekadang jatuh yang amat perit yang boleh buat kita tak larat nak bangun dah. 

Tapi, kita kena bangun. Dalam jalan menuju kejayaan memang macam ni. Kadang2 rasa susah sangat nak istiqamahkan tahap keyakinan yang makin lama makin berderai seiring waktu berjalan. Kadang2 rasa perit sangat nak terus yakin sebab takut jatuh tersembam terjeromoih pedih sakit woo. Siapa boleh jamin masa depan dia kan?   


On the roads to success, there is no shortcut

Yes. There is nothing worthwhile ever comes easy. Perjalanan takkan pernah mudah, kita yang kena makin kuat. Jangan pernah rasa takut untuk jatuh dan bangun kembali. Sinar kan ada di penghujung jalan :)


Perlu adanya usaha, tekad dan perngorbanan. Kejayaan ambil masa, ianya tak terjadi dalam masa sehari je. Perlu ada kesabaran. Usaha. Doa. Sabar. (repeatedly). Sentiasa nak ingatkan diri sendiri, good thing takes time. Jadi jangan gelopoh gelabah. Sesungguhnya, kesabaran membuahkan hasil yang sangat manis. Kita akan tahu betapa besarnya nikmat kesabaran kita nanti.

Keep going and do not lose the faith :) 

Landaskan perkara bersandarkan niat

Bismillahirrahmanirrahim

Bukan senang nak capai impian. Kalau kejayaan datang bergolek, belum tentu semua orang rela nak tergolek menggolek dan digolekkan diri demi nak capai impian. Semua orang punya impian, cuma bezanya bukan semua orang dapat capai impian dia.

What is the factor for living our dream?

Bagi aku niat. Ya. Nawaitu. Cerita macam mana aku boleh jadi manusia yang selalu belajar tempat jauh2 bermula dari rumah. Dengan lebih tepat lagi, ibu aku. Perjalanan aku bermula di Langkawi, beratus2 kilometer dari negeri kelahiran darul makmur. Kenapa? Mula2 dulu alasan aku mudah je, ibu aku rasa nak jalan2 Langkawi, so dia kata apa salahnya aku mintak Langkawi. Dan aku mintak lalu ditakdirkan dapat.

Dan rupanya perjalanan tu tak berhenti di Langkawi je. Habis SPM, apply upu. Kali ni sebab ayah. Ayah agak teruja sebab ada sorang anak dia ikut jejak bidang dia. Jadi, mintakla UPM dan ditakdirkan dapat. Ditakdirkan lagi UPM ni bukannya yang dekat Serdang tu. Tapi yang dekat Sarawak sebab semua kursus Diploma tak muat nak letak dkt Serdang, so Hi Sarawak! ;)

Jadi, boleh dikatakan pilihan pertama dan kedua adalah berdasarkan ibu dan ayah. Niat aku time tu cuma nak bahagiakan ibu dan ayah dengan mintak menda yang menyenangkan hati mereka. Tak kira la kalau setakat demi sebab nak berjalan ke atau sebab nak aku belajar bidang tertentu ke. I am happy with their choices. Dan memang terbukti pilihan mak ayah tak pernah salah pada anak dia. Mereka tau yang terbaik, sebab tu aku ikutkan je. And Alhamdulillah everything going smooth.  

So yeah, niat amat penting dalam menentukan kejayaan impian kita. Apa yang penting redha ibu bapa. Tak ke mana kalau tiada keredhaan mereka. "Keredhaan Allah terletak di atas keredhaan kedua ibu bapa". Jadi jangan pernah lupakan mereka. Aku berada di sini sekarang pun semuanya sebab mereka. Thanks Allah untuk nikmat ni. Tak terhitung pengorbanan mereka nak menyekolahkan aku. Dari duit yuran setiap sem, duit kapal terbang yang sedekah dekat MAS dgn Air Asia, rela turun Langkawi dan Sarawak sebab nak hantarkan, rela turun naik kapal terbang waktu sakit dekat kampus, and everything else. Sungguh, jasa kalian tidak terbalas. Hanya impian aku yang akan aku usahakan demi untuk membalas jasa kalian :')

O Allah, please prepared me for this path because the only reason I'm alive today is because of your mercy and your care to given me such a wonderful support - my parents :)

Jangan jadi lalang

Bismillahirrahmanirrahim

Kita memang takde super power untuk tilik ape jadi esok hari, hatta sekejap lagi pun. Tapi kita dinasihatkan untuk merancang dan berusaha untuk esok hari. Sebab hidup dekat dunia ni tak abadi, jadi kita di train untuk bersedia. Hidup memang tak datang dengan guide atau manual. Sebab kalau ade pun belum tentu kita ikut. Because the best guide that we can refer to is the great sources that our beloved Prophet saw revealed: The Quran and his Sunnah. Nothing beat this two.

Tolong, jangan jadi lalang.

Kenapa lalang? Sebab lalang hanya ikut angin. Angin bergerak ke kiri, maka ke kirilah dia. Dan jika angin bergerak ke kanan, maka ke kananlah dia. Bahasa mudah: takde pendirian sendiri.  Manusia lalang takde perancangan dalam hidup dia. Manusia lalang hanya pasrah atas semua yang terjadi. Manusia lalang kadang-kadang takde perasaan. Manusia lalang adalah orang yang tak pernah merasa kecewa dalam kehidupan.

Kurang tepat.

Sama seperti kita manusia biasa, manusia lalang pun ade perancangan dalam hidup dia. Boleh jadi perancangan hidup dia lebih gempak daripada kita punya. Tapi dia takut nak mengutarakan atau express plan hidup dia yang super gempak tu sebab terlalu takut pandangan orang lain. Dia bimbang akan perspektif manusia lain terhadap dia. Dia bimbang perancangan dia mendapat tantangan hebat daripada seluruh ahli keluarga. Dia bimbang dituduh melawan norma jika melakukan apa yang dia impikan.

Manusi lalang juga mengalami kekecewaan. Tapi dia simpan kekecewaan dia sebagai: "Ermmm takpelah. Tak dapat pun takpe. Aku pasrah." Manusia lalang tak pernah rasa kecewa sebab dia bina satu dinding konkrit dalam hidup dia, so that perkara yang dinamakan IMPIAN dan HARAPAN tak dapat masuk dalam hidup dia. Boleh jadi sebab terlalu banyak kali dikecewakan maka dah tak nak pasang harapan. Perumpamaan simple: takde impian maka tak berharap; tak berharap maka tidak dikecewakan. Manusia lalang kononnya nak jadi super hero terhebat sebab kental dan boleh terima apa jua dalam kehidupan dia. Even untuk perkara yang dia tak suka.

Kesudahan lalang.

Kalau dekat ladang, lalang-lalang ni semuanya akan dimesin, dikerat atau disabit buang. Jadi makanan lembu. Sad ending bukan?

Entri ni bukan nak mempermainkan role tumbuhan lalang sebagai salah satu tumbuhan yang dicipta oleh Allah untuk menyeimbangkan biodiversiti. Tapi, supaya nak tunjuk bahawa manusia lalang will ended up nowhere!

So, start daripada hari ni; STOP JADI LALANG! Setiap manusia ada harapan dan impian. Apa yang perlu kita buat, kita kejar impian tu sampai dapat. Jangan sebab sekali dua dikecewakan, kau terus buang kau punya impian dalam trash box and dah tak recycle dah. Impian tak datang bergolek.

Usah dan doa. Usaha dan doa. Berimpian lah! Live your dream. Jangan biar jadi angan-angan kosong je. Kita nak apa2. Mintak dengan Allah. Because He is the belonger of every single heart. Because He is the belonger of the world and hereafter. Jangan mintak dengan manusia, sebab manusia sifat dia tak abadi. Ask from Him the Eternity.

Dan entri ni juga untuk mengingatkan diri kenapa aku mulakan semua ni. Kadang2 bila manusia dah tekad tapi mestilah ade satu dua benda yang tak berapa lancar kan. Jadi kena keep on faith dan yakin. Insya Allah :)