Search

Monday, 4 August 2014

Ceritara aku, Australia-Malaysia dan pertanian

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

The unexpected 

Betul. Kekadang perkara yang berlaku atau terjadi dalam kehidupan kita adalah perkara yang paling kita less expected.  Perkara yang palinggg kita tak nak dan tak terfikir tu lah kadang2 kita tempuh. Sama macam kes aku nak pergi Australia. Siapa sangka? Sebelum ni tak pernah terlintas di fikiran pun nak jejak ke oversea untuk sambung study. Tapi sekarang gambo sydney dan opera house dan segala pelusuk Australia lah yang aku tatap. Nak dijadikan macam jodoh jugak sebab tetiba macam banyak rancangan kt tv melibatkan oz. Jodoh, mungkin? Who knows..? He knows :)

Ceritara aku, Australia dan pertanian

Dulu tak terasa nak sambung pengajian course aku (Agribusiness) ke peringkat lebih jauh di luar negara. Namun, Allah lebih berkuasa. Maha Pencipta yang  membuatkan aku wujud di muka bumi ini telah melahirkan rasa cinta pada course yang aku sedang pelajari. Ditakdirkan rasa cinta tu lahir ketika final year (ye, memang agak lambat. Perasaan cinta mengambil masa ;p ). Selepas aku menjalani latihan industri di Bogor Indonesia. Sejujurnya, Indonesia banyak mengajar aku erti "pertanian". Ye, siapa tak tahu pertanian. Tapi agak pelik bagi aku yang dah terlibat dengan dunia ilmu pertanian ni hampir 5 tahun tapi tak tahu maksud tersirat dalam pertanian. Selama ni pakai belajar je, feel tu takde lagi. Dah besor macam ni baru ade feel. Mungkin baru tahu erti kehidupan?

Kenapa Australia dan bukan Malaysia?

Di sebalik takdir ini lah, aku jatuh cinta dengan dunia pertanian. Tapi, kenapa aku berlagak sangat pilih Australia? Adakah Malaysia tak cukup grand dengan ilmu pertaniannya? Malaysia memang dah agak ke depan dengan ilmu pertanian. Bukti? Universiti pertanian paling tersohor di Malaysia lah buktinya- UPM. I am proud to be one of UPM's product. Ramai jugak yang menanyakan kenapa tak sambung dkt UPM je. Boleh, memang boleh (kalau ada rezeki). Tapi, semenjak sebelah kaki aku dah keluar negara (even Indonesia sekalipun), so aku rasa macam kaki sebelah lagi takleh patah balik dah (dahsyat aku punya alasan). 

Tak. Sebenarnya begini, Indonesia has taught me a lot. Banyaaakk sangat. Bukan je dari segi pertanian, malahan dari segi kehidupan. Sebenarnya, pergi tempat yang orang kata low profile lagi banyak mengajar kita. Kita belajar erti susah, erti perih, erti kena tipu, erti dewasa, erti kematangan dan erti kehidupan. Kalau tak percaya, cuba pergi negara tak cukup makan atau negara miskin. 200 peratus lagi kau akan belajar erti kehidupan. Tolong jangan salahkan gene aku sebab aku ni orang yang suka cabar diri sendiri (tak soda diri tu pompuan) dan sukakan pengembaraan. 

 Replika Taj Mahal. Siapa tahu ada rezeki ke sana one fine day ;)

See? Gajah pun ada kau jahh!!

Jadi kesimpulannya, aku pilih oversea jugak kerana kita akan dapat lebih banyak lagi. I've been there, so I know a bit. Tapi ade je buah mulut sumbang yang aku dengar kata aku ni tak sayang Malaysia, sebab tu aku sibok nak pergi luar. Nehi nehi, di sini aku ingin jelaskan sebab aku sayang Malaysia lah aku pergi luar, aku nak pergi korek gali habis ilmu kat luar untuk dibawa pulang ke tanah air tercinta. Nak2 pulak sebab kursus aku ni memang kena banyak main dengan praktikal, teori je memang tak jalan. Yelah, boleh kau tanam sayur kalau setakat kau baca buku je?? Tapi takpe, aku ni memang jenis manusia yang tak layan sangat gosip2 murahan ni. Kahkah. Sebab... ingat, kita tak hidup dengan pujian orang dan tak mati dengan kejian orang. So be it! Okay ;) Selain tu jugak, Australia terkenal jugak dengan bidang agribis mereka. Jadi aku rasa tak salah kalau aku korbankan duit ayah aku untuk memajukan lagi bidang ni serta bawa manfaat untuk Malaysia. Hihi thank you daddy!

Semoga perjalanan ini membawa manfaat. Ameen.